Thursday 20 February 2014

Hidayah Itu Milik Allah

Sendiri aku
dalam gersangnya
padang kehidupan
ketandusan itu
menemani di setiap
jejak langkahku
sungguh aku rasa
jemu
rimpuh
lelah

Aku bertanya:
apa yang aku ingin?
sungguh aku keliru
antara gemar
atau sedu

Gemar itu
lalai
kosong
mampat dengan noda
sesak dengan cela
tebal dengan murka-Nya
tapi
kenapa masih
aku gemar?

Sedu itu
tangis
isak
sedan dalam sujud
diatas hamparan
sejadah
sujud itu
hanya untuk-Nya
tapi
kenapa hanya
sekarang aku terjaga?

Ya Allah
aku hanya insan
penuh dengan kotor
penuh dengan keji
aku adalah
insan berdosa

Ya Rahman
masihkah ada ruang
dan waktu
untuk aku
gagahi
mengejar semula
apa yang
telah aku
tinggalkan

Ya Rahim
sungguh aku
sesal
dengan kealpaan ini
masih wujud lagi
kesempatan
buat jiwa
penuh debu
dosa ini?

Ya Rabb
kini
aku terjaga
dan
aku sedar
hidayah-Mu
seindah hamparan
laut nan biru
luas
boleh dinikmati
keindahannya
buat hati yang
mahu mengerti
sungguh
Hidayah itu milik Allah.

No comments:

Post a Comment